Tuesday, November 30, 2010

selamat tinggal gigiku



pagi tadi ticer baru je klinik gigi...
sedih...setelah 28 tahun bersama ticer mengharungi  pahit manis....jatuh bangun kehidupan...akhirnya 
si geraham ku meninggalkan ku jua.
life must go on...ntah berapa tahun lagi kehidupan ini untuk diharungi ticer.
jasa si geraham dah byk pd ticer..cuma beberapa minggu ni je 'dia' betul2 menyakitkan jiwa ticer.
bila dh hilang kesan ubat tahan sakit ni...ticer dah mula rasa bisa2 kesakitan tu..ibarat....
bulldozer meramas ramas otak ticer...



Monday, November 29, 2010

rindu ini membunuhku



haha..suspen je title kat atas tu...
hari ni dah 5 hari mr hubby tggalkan aku
counting the days...9 days to go
dan rindu pun dah mula menguasai diri...

(sila abaikan kanak2 yg x berbaju tuh...sebenarnya kepanasan travel from kl~kmn)


  tu budak 2 org dh mcm buruh binaan....mandurnye yg baju oren tuh
suka sgt si papa ni bwak abang n adik ke sini
umah dah hampir siap...tp ticer belum pun lagi dpt transfer
sedihnya...kami anak beranak teruja nk balik settledown kat kampung...xmau la duk tempat org lama2..usia pun dah nk masuk 30-an...upps dah masanya tuk fikirkan kesempurnaan sebuah keluarga..no more enjoys2
syukur pd mu Tuhan dikurniakan kami kebahagiaan...walaupun segala ini adalah pinjaman...harta,jodoh,usia,suami isteri,anak2,kesihatan...kami tetap mensyukuri nikmat Mu ini.
huh...banyak pulak entry aku kali ni...sebenarnya cuti2 sekolah dikampung ni x tau nak buat ape.


poket dah kering


salam....
poket dah kering..hahaha
naya betul kes ni....gara2 gaji ri tu awal sgt...10hb
hari ni baru 29hb...alahai lambatnye gaji depan.....
lagi 23 hari...alohai...
uppsss....bila yek duit bantuan tu nk masuk????


Hutang piutang...MARA lagi

beberapa minggu yang lepas pegi ke MARA tuk consult my pay back study loan...akhirnya beberapa kata persetujuan dicapai...antaranya :

1) aku kene bayar separuh daripada backdated amt tu...which was rm5k
2) aku kene buat potongan gaji bulan2...which is rm300/month
3) aku kene langsaikan pinjaman pendahuluan which is rm1500
4) aku boleh apply tuk pengurangan sebab aku layak...i got 2nd upper class 4 my degree

amt kat atas tu pinjaman pelajaran aku..haha..sampai pencen pun x abes lagi bayar...tp aku dh buat convertion...pengurangan tu dia akan proses 3-6 bulan...katanya kalau cikgu gomen...dia akan proses cepat...wallahulam...harap2 la aku hanya bayar balik 10% je mcm kengkawan aku yg lain...tu doa aku tiap kali solat (selain doa2 yg lain)


amt ni plak pinjaman pendahuluan aku...yg ni MARA x bagi pengurangan pun...rm100 sebulan...tggal lagi 14 bulan...huh!!setahun lebeh jugak tu...

terima kasih MARA...setelah mempertimbangkan kedudukan kewangan aku...pd hari tu...cash in hand aku x sampai pun rm2k then atas dayar percaya...MARA terima pendahuluan pembayaran tu...selebihnya aku dh transfer ke akaun MARA beberapa hari yg lepas...lega sebab penjamin aku dh diputihkan...apa yg aku tggu sekarang ialah result convertion tuh...hrap2 la dpt pengurangan dr MARA

Apa yg aku nak kongsi kat sini...tu sume salah aku...
Aku dh berjaya tamatkan pembelajaran dalam bidang IT di bawah tajaan MARA. Habis belajar dah lama...5 tahun yg lepas tp aku leka tak buat pengurangan n penangguhan. Sampai la surat Notis tuntutan 14 hari kat rumah,surat blacklist...penjamin aku x boleh nk jamin anak dia study... baru la kelam kabut aku nak call MARA tanya pasal pengurangan n pembayaran.
Course yang aku tamatkan tu adalah Business Information System di KUSZA/UEL 5 tahun sudah. Serba sedikit aku memang mempergunakan ilmu-ilmu tu semua....programming??...hahaha...tahu la siket2 tp ntah apa2 la...zaman dh semakin maju...language apa ntah yg diorg guna sekarag aku pun x tau...salute jugak kengkawan yg masih setia dlm bidang ni....tp ini bukanlah bidang yg aku minat...tp aku berjaya habiskannya dengan cemerlang...5 TAHUN belajar bende ni....NAK PECAH JUGAK HOTAK AKU NI NGAN PROGRAMMING N NTAH APA2 TUH...DATA COMM TUH...DATABASE...SUSAH SIOTTTT!!! Walaupun bidang kerja aku sekarang jauh berbeza sbab aku mula bertapak selepas belajar dulu pun dalam bidang pendidikan ni jugak. Pantai timur bukan pasaran kerja yg bagus tuk programming ni...aku pun x suka merantau sebab kemaruk ngan cinta yg akhirnya memusnahkan aku....kengkwan lain sume berjaya ngan kejaya dan ada jugak yg sedang buat PHD...tp aku terkurung dlm sangkar cinta yg ntah apa2...tp hidup ni roda...akhirnya aku berjaya jugak....dah nk tua pun aku cekalkan hati sambung belajar. lagi..tggalkan anak2 dikampung.....
akhirnya aku buktikan dengan ketabahan aku...kesungguhan aku...berkat doa insan2 tersayang mak ayah adik2 n mr rhazi(my beloved hubby)...n redha ilahi aku mampu berjaya. Saat aku terkapai kapai...rumahtangga aku musnah...aku rasakan dunia ni kejam...tp apa yg telah Allah tentukan ade kebahagiaan yg tersirat....tanpa peristiwa pahit tu....x mungkin sekarang aku menjadi wanita paling bahagia di sisi Mohd Rhazi n di kelilingi insan2 tersayang ekey n raiyan.
Back to the story...
berkeinginan jugak nk buat master n PhD...tp mampukan aku??

Friday, November 26, 2010

Hak Muslimah: Bekas suami tiada alasan elak nafkah anak


SEMOGA anda diredai Allah serta cekal mendidik anak menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.
Menurut hukum syarak, orang berkewajipan menyara nafkah anak adalah bapa dan bukannya ibu.

Allah berfirman yang bermaksud: "Ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada
ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Antara lain ia bermaksud, bapa wajib membiayai nafkah anaknya dengan sebab kelahiran anak dinasabkan kepada bapa itu melalui akad nikah sah di antara ibu dan bapanya. Ia juga berdasarkan firman Allah yang
bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya." (Surah al-Talaq, ayat 6)

Al-Sheikh Mohamad Khatib al-Sharbani dalam Mughni Al-Muhtaj menghuraikan pengertian ayat itu sebagai, "bahawa membayar upah bagi menyusukan anak itu termasuk juga sebagai kewajipan memberi nafkah kepada anaknya."

Seksyen 72 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (selepas ini dirujuk sebagai 'Akta 303') memperuntukkan, bapa bertanggungjawab menanggung nafkah anaknya sama ada ia berada di bawah jagaannya atau jagaan orang lain termasuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pelajaran dan sebagainya secara munasabah bergantung kepada kemampuan bapa.

Tidak timbul isu sama ada anak di bawah jagaan sendiri atau orang lain, bekas suami tetap bertanggungjawab menanggung nafkah anak. Seksyen 73 (1)(a) Akta 303 pula memperuntukkan, mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah anaknya pada bila-bila masa jika dia enggan atau abai memberikan nafkah munasabah kepada anaknya.
Isu bekas suami akan menuntut hak jagaan kerana puan tidak berkemampuan menyara mereka, tidak relevan. Hak jagaan akan hilang jika anda hilang kelayakan menjaga anak seperti mengabaikan kebajikan mereka, menjalani kehidupan tidak mengikut lunas Islam dan alasan lain digariskan hukum syarak.

Alasan bekas suami sebenarnya hendak menghalang anda memperoleh perintah kekal nafkah anak yang akan mengikatnya melaksanakan perintah itu.

Pernyataan tuntutan perlu menghuraikan anggaran perbelanjaan bulanan anak merangkumi makan minum, pakaian, perubatan, persekolahan dan kebajikan mereka. Setiap perbelanjaan perlu disokong dengan resitpembayaran serta saksi yang mengetahui berkaitan tuntutan bagi menguatkan keterangan di mahkamah kelak.
Namun, nafkah anak tidak mempunyai kadar tertentu. Ia berdasarkan konsep cukup menurut adat kebiasaan dan kemampuan pemberi nafkah.

Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah mengikut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberikan nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu), Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya." (Surah al-Talaq, ayat 7)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa Hindun Uthbah berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut. Dia tidak memberi perbelanjaan kepadaku dan anakku kecuali setakat apa yang aku ambil daripadanya tanpa pengetahuannya." Sabda Rasulullah SAW kepada Hindun: "Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Sayyid al-Bakri dalam I'aanah al-Talibin menghuraikan maksud hadis sebagai, "wajib memberi makan kepada anak sekadar yang cukup kenyang bagi kesempurnaan hidup dan tidak wajib berlebih sangat atau sampai kepada kemewahan yang berlebihan. Selain makan minum dan pakaian termasuk juga perubatan, persekolahan dan sebagainya."

INFO
Peruntukan undang-undang
Seksyen 72 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (dirujuk sebagai 'Akta 303') memperuntukkan, bapa bertanggungjawab menanggung nafkah anak sama ada ia berada di bawah jagaannya atau jagaan orang lain termasuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pelajaran dan sebagainya secara munasabah bergantung kepada kemampuan bapa.
 
Seksyen 73(1)(a) Akta 303 pula memperuntukkan, mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah anaknya pada bila-bila masa jika dia enggan atau abai memberikan nafkah
munasabah kepada anaknya. Berdasarkan nas dan peruntukan undang-undang itu, bekas isteri boleh memohon nafkah anak di mahkamah.

Kewajipan Nafkah: Antara Mahkamah Dunia dengan Mahkamah Akhirat


Oleh HASNAN KASAN
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia

MANUSIA dilahirkan di dunia oleh Allah Taala sebagai satu ujian
kelayakan menerima ganjaran syurga Allah Taala di akhirat. Tidak ada
seorang manusia yang melalui kehidupan dunia tanpa sebarang ujian.
Ujian Allah di dunia ini kadang-kadang datang dalam bentuk kewajipan
yang perlu dilaksanakan, kadang-kadang dalam bentuk amanah yang perlu
ditunaikan dan kadang-kadang dalam bentuk kesusahan yang perlu
dijalani dengan kesabaran. Ujian-ujian yang diberikan oleh Allah
dalam berbagai-bagai bentuk ini bukanlah sebagai satu beban kepada
manusia. Tetapi ia adalah sebagai satu ruang atau peluang untuk
manusia membuktikan kecemerlangan di hadapan Allah sebagai pelajar
sekolah menduduki peperiksaan.

Begitu juga lumrah kehidupan berkeluarga. Setiap ahli keluarga
mempunyai peluang menduduki ujian Allah Taala dalam bentuk yang
tertentu. Suami diuji oleh Allah dengan kewajipan menyara dan
membiayai dan mendidik keluarga. Isteri diuji oleh Allah dengan
kewajipan taat kepada suami, menjaga maruah suami dan menghadhanah
anak-anak dengan sempurna. Anak-anak pula diuji oleh Allah dengan
taat dan menghormati ibu bapa serta menjaga kebajikan mereka apabila
sudah tua dan tidak berupaya.

Suami dan bapa diberi peluang oleh Allah untuk menunjukkan
kecemerlangan dalam menunaikan kewajipan kekeluargaan. Kewajipan
utama yang perlu dilaksanakan oleh suami dan bapa ialah menyara atau
membiayaai keperluan-keperluan asasi ahli keluarga dengan sempurna
merangkumi makan minum, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan
rawatan kesihatan apabila diperlukan. Ini adalah satu kewajipan agama
yang ditetapkan oleh Allah dan disampaikan melalui Rasulullah s.a.w.
Kewajipan ini mengandungi nilai agama Allah. Menunaikannya akan
diberikan ganjaran pahala dan syurga, manakala mengabaikannya akan
menerima balasan dosa dan neraka. Inilah beza antara bapa dengan
suami Muslim dengan bapa dan suami bukan Muslim. Suami dan bapa
Muslim menunaikan kewajipan menyara dan membiayai keluarga dengan
semangat agama dan mengharapkan ganjaran daripada Allah Taala.
Manakala bapa atau suami bukan Muslim menyara keluarga hanya kerana
perasaan sayang, belas kasihan atau paksaan undang-undang. Suami dan
bapa Muslim yang melaksanakan tuntutan nafkah hanya kerana tiga sebab
iaitu sayang, kasihan, dan paksaan undang-undang adalah mengalami
kerugian kerana tidak mendapat redha dan ganjaran Allah kerana tidak
menunaikannya dengan roh agama.

Semangat agama dalam menyempurnakan kewajipan membiayai atau memberi
nafkah kepada ahli keluarga ini jelas terpapar melalui beberapa
noktah penting:

1. Kewajipan nafkah bagi keluarga muslim adalah sabit dengan nas
syarak, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Hukum wajib yang telah
ditetapkan oleh nas ini adalah termasuk dalam lima hukum taklif dalam
syariat Islam iaitu wajib, sunat, harus, makruh, dan haram. Mematuhi
hukum taklif ini dengan ikhlas akan menerima ganjaran syarak iaitu
pahala dan syurga. Dalam ilmu usul, apabila sesuatu hukum itu
diputuskan oleh nas al-Quran dan al-Sunnah serta dipersetujui oleh
para ulamak secara ijmak maka ia menunjukkan perkara itu adalah
termasuk dalam keperluan ´daruri´. Apabila ia tidak ditunaikan, maka
kehidupan orang berhak menerimanya. Antara nas al-Quran yang
mensabitkan kewajipan nafkah ini ialah firman Allah dalam surah al-
Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

"Dan ke atas bapa yang isteri melahirkan anak baginya hendaklah
memberikan nafkah makan minum dan pakaian isterinya itu."

2. Rasulullah s.a.w, melalui beberapa hadis menjelaskan kelebihan dan
ganjaran yang diperolehi oleh suami dan bapa yang bekerja dan
berusaha menunaikan keperluan keluarga. Rasulullah tidak bertutur
kecuali dengan wahyu yang diilhamkan oleh Allah. Maka saranan dan
galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w ini juga adalah galakan
dan saranan syarak yang hakikatnya datang daripada Allah Taala.
Antara hadis-hadis yang menyentuh perkara ini ialah:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:

Maksudnya: "Antara dosa-dosa ada yang tidak akan diampunkan melainkan
dengan bekerja dalam mencari rezeki." (Diriwayatkan oleh Tabrani, Abu
Nuáim dan Al-Khatib)

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

Maksudnya: "Sesiapa yang berpetang-petangan dalam keadaan letih
disebabkan oleh kerja yang dilakukan oleh kedua tangannya maka dia
berpetang-petangan dalam keadaan diampunkan dosanya." (Diriwayatkan
oleh Tabrani)

Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah:

Maksudnya: "Sesungguhnya di kalangan dosa-dosa itu ada dosa-dosa yang
tidak akan dibersihkan oleh puasa, sembahyang dan tidak juga oleh
haji dan umrah." Baginda ditanya: "Kalau begitu apakah yang dapat
membersihkannya wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Berpenat lelah
dalam mencari rezeki untuk hidup." (Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dan
Abu Nuáim).

Kerja dan usaha mencari rezeki untuk menyara dan memenuhi keperluan
keluarga dijadikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai salah satu sebab
dosa-dosa diampunkan. Inilah nilai keagamaan yang mulia dalam urusan
mencari rezeki untuk menyara keluarga. Kalau begitu nilainya,
bagaimana suami dan bapa boleh memandang remeh dan tidak memberikan
perhatian dalam menanganinya. Rasulullah s.a.w memberikan gambaran
menyara dan membiayai keluarga ini adalah lubuk yang paling lumayan
untuk mendapat ganjaran terutama mendapat keampunan daripada Allah
Taala.

Di samping nilai-nilai keagamaan yang terdapat dalam usaha memberi
nafkah dan membiayai keluarga, nafkah juga memberi impak sosial yang
negatif sekiranya tidak ditangani oleh sempurna. Antara impak sosial
yang telah berlaku dalam masyarakat kita ialah:

1. Bapa atau suami dipandang hina oleh masyarakat kerana tidak
bertanggungjawab.

2. Isteri atau anak terpaksa meminta-minta daripada orang lain samada
secara terus atau melalui media massa seperti surat khabar dan
televisyen. Perbuatan ini akan menjatuhkan maruah manusia dan
keluarga.

3. Anak-anak akan rasa rendah dan hina diri apabila membandingkan
dirinya dengan rakan-rakan lain yang mendapat pembiayaan yang
sempurna. Kesan jiwanya ini amat mendalam yang boleh mengakibatkan
kesan buruk terhadap pelajaran dan perkembangan hidup anak-anak. Ada
antara mereka yang memaksa diri sendiri untuk berhenti sekolah untuk
bekerja mencari rezeki sebelum masa yang sepatutnya.

4. Isteri terpaksa berhempas pulas mencari rezeki sepanjang hari
tanpa mengira siang atau malam. Ini memberi kesan kepada perhatian
dan bimbingan terhadap anak-anak. Isteri juga sebagai ibu tidak
sempat memberikan perhatian kepada anak-anak kerana sibuk kerja
mencari rezeki. Akhirnya, anak-anak kehilangan bimbingan dan
seterusnya terjebak ke penyelewengan akhlak.

5. Isteri atau anak anak terlibat dengan kegiatan jenayah seperti
menjual dadah dan pelacuran untuk mencari sumber pendapatan demi
untuk menyara keluarga.

6. Tidak kurang juga tanpa nafkah dan pembiayaan yang mencukupi
menyebabkan ada ibu yang beragama Islam menyerahkan anak kepada pihak
gereja Kristian untuk dijaga.

Walaupun begitu besar kepentingan memberi nafkah dan membiayai
keluarga serta begitu mulia nilainya di sisi agama, tetapi masih
kedapatan juga suami atau bapa yang tidak menghiraukan perkara ini.
Kadang-kadang mereka dengan sengaja tidak membiayai keperluan
keluarga tanpa rasa bersalah. Ada juga bapa atau suami yang tidak
bijak menggunakan rezeki sehingga kehabisan sebelum sempat digunakan
untuk membiayai keperluan asas keluarga.

Oleh kerana kedapatan suami atau bapa yang ingkar dan lalai daripada
menunaikan kewajipan nafkah ini, maka pihak berwajib terpaksa
menyusun peraturan yang diharapkan dapat menangani masalah ini.
Berbagai langkah telah disusun termasuklah kursus-kursus perkahwinan
dan undang-undang yang digubal dan yang boleh dikuatkuasakan.
Berbagai bahagian dan pecahan undang-undang telah digubal bagi
mengawal dan mengatasi keingkaran atau kelalaian pihak suami atau
bapa daripada menunaikan nafkah. Ini adalah penyelesaian duniawi yang
dapat diikhtiarkan oleh manusia bagi menjamin kelangsungan hidup
pihak isteri dan anak-anak dalam keadaan normal dan terbela keperluan
asasi mereka.

Namun, kadang-kadang ada suami atau bapa yang dapat mengelakkan diri
daripada menunaikan kewajipan nafkah ini kerana bijak mencari helah
dan mempergunakan sistem undang-undang yang ada. Tidak kurang juga
isteri dan anak-anak yang menderita tidak cukup pembiayaan hidup
selama tempoh menunggu keputusan mahkamah yang kadang-kadang memakan
masa yang lama. Walaupun mahkamah boleh membuat keputusan pihak suami
atau bapa mesti membayar nafkah atau jumlah pembiayaan terkebelakang,
namun keperluan isteri dan anak-anak yang asasi mesti ditangani pada
masanya tanpa boleh ditangguh. Daripada mana isteri dan anak-anak
hendak mendapatkan pembiayaan sebelum mahkamah membuat keputusan yang
memaksa suami menyerahkan pembiayaan tersebut. Makan minum, pakaian,
sewa rumah dan keperluan sekolah anak tidak boleh ditangguhkan.
Setiap hari isteri dan anak-anak perlu makan, pakaian dan tempat
tinggal tanpa boleh ditangguhkan.

Oleh itu suami atau bapa perlu diperingatkan bahawa walaupun dapat
mengelakkan diri atau menangguhkan tempoh memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anak melalui proses mahkamah dunia, tetapi mereka
tidak dapat mengelakkan diri daripada perhitungan mahkamah akhirat
kerana ia termasuk dalam urusan duniawi yang diambil kira di mahkamah
akhirat. Perhitungan inilah yang jarang-jarang diambil kira oleh
suami atau bapa yang cuba melarikan diri daripada menunaikan
kewajipan membiayai keluarga.

Perlu diingat juga, oleh kerana membiayai keluarga atau memberi
nafkah ini adalah urusan agama yang akan diberikan ganjaran pahala
apabila menunaikannya dan diberikan balasan dosa jika mengabaikannya,
maka hawa nafsu, iblis dan syaitan akan sentiasa campur tangan
menghalang suami atau bapa daripada menunaikannya. Tujuan iblis dan
syaitan ialah supaya suami atau bapa ternganga di hadapan Hakim yang
Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi di mahkamah padang
mahsyar kelak.

Justeru itu, suami dan bapa perlu meneguhkan persepsi dalam fikiran
bahaya memberi nafkah kepada tanggungan adalah satu bentuk ujian
Allah bagi melihat ia dilalui dengan jaya atau tidak. Dalam konteks
mendekatkan diri kepada Allah dan mensucikan jiwa, usaha mencari
rezeki untuk memberi nafkah keluarga adalah peluang keemasan untuk
suami atau bapa mendekatkan diri dan mencari keampunan Allah apabila
ia ditunaikan dengan ikhlas, bukan dalam keadaan terpaksa dan
merungut apabila diperintahkan oleh mahkamah syariah di dunia.

Allah makbul doa isteri dianiaya


Kisah hidup Norahasni yang dipaparkan dua minggu lalu tentang poligami mendapat perhatian banyak pembaca antaranya daripada Encik H, katanya, poligami dibolehkan dalam Islam, kalau wanita membencinya seumpama membenci sunah Rasul. Jadi sebagai orang Islam kena ingat ini.
``Namun saya tak salahkan Norahasni, suami puan patut dipersalahkan dalam kes ini. Kerana kalau kita kaji sahlah bahawa poligami sebenarnya membela nasib wanita terutama zaman ini lelaki kurang, takkan nak biarkan gadis jadi andartu.
``Saya selaku pelajar agama tak setuju sebarang pandangan menyalahkan poligami sebab poligami dibolehkan oleh Allah. Adakah wanita nak menentang hukum Allah? Adakah wanita sanggup lihat zina berlaku di merata tempat?'' katanya.
Encik M pula berkata, ada dua perkara perlu diselami dalam isu poligami. ``Pertama saya nak tanya adakah satu kesilapan Allah membenarkan poligami? Allah tak pernah silap. Atau orang yang berpoligami itu berlaku zalim pada diri sendiri? Sesungguhnya setiap apa Allah tentukan ada kebaikannya. Bagi orang yang melaksanakan perintah pula kalau sudah salah guna dari awal, sampai bila pun tak betul, sebab sudah salah dari awal mula lagi.
``Seumpama dalam soal makan. Tujuan makan untuk menyegarkan badan bukan untuk kenyang. Jadi untuk itu, dua tiga suap makanan sudah cukup, kalau hendak lebih pun pastikan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara untuk bernafas. Selalu makan lebih, tak pernah merungut, cuma bila sakit selalu bising, begitulah halnya dalam pelaksanaan syariat kita selalu tersalah,'' jelasnya.
Encik Natherland juga mengiakan bahawa poligami tidak salah. Cuma lelaki selalu menyalahgunakan konsep poligami. Sebagai Muslim kita patut tau poligami itu telah disyariatkan oleh Allah ia halal jika diamalkan cara yang betul dan mengikut kaedah yang tertulis dalam al-Quran.
``Saya bimbang wanita Muslim boleh terkeluar Islam andainya menentang poligami kerana ia hukum Allah,'' tegasnya. Demikian antara pandangan kaum lelaki tentang poligami dan mengapa mereka menyokong poligami. Bagaimanapun minggu ini kita ikuti satu lagi pengalaman pahit seorang isteri yang dipoligamikan. Katanya, bukan sahaja air matanya dah kering kontang macam padang pasir Sahara. Tetapi hatinya sudah lama kering hingga merekah.
Jiwanya sudah lama terkubur bersama perasaan kasih sayang terhadap suami. Malah kalau suaminya tak balik rumah langsung pun bukan dia sahaja yang suka, malah anak-anak lebih gembira. Mereka tidak pernah dapat kasih sayang ayah mereka. Demikian cerita Rahayu dalam e-melnya kepada penulis.
``Saya amat terpanggil untuk menyertai isu ini dan berkongsi pengalaman yang saya lalui. Saya tertarik cerita Norahasni juga wanita sebelumnya yang mendakwa hati mereka dah kering bila suami kahwin lagi. Saya rasa tidak ada wanita yang boleh menggambarkan perasaan hati bila suami nak kahwin lagi, cuma mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu.
``Saya pula bukan sekat suami kahwin lagi, malah saya galakkan bila hati dan jiwa saya dah kosong terhadapnya. Saya anggap dia cuma sebagai ayah yang wajib beri anak- anaknya makan. Tak lebih dari itu. Sebab perbuatannya yang liar saya rasa lebih teruk daripada dia berpoligami.
``Namun rahsiakan nama dan e-mel saya kerana jika dia tahu mati saya kena sembelih, sebab suami saya ini sedang sakit jiwa sekarang, kerana sikap sendiri. Kami berusia lingkungan 40-an tahun dah 20 tahun kahwin, ada empat orang anak dah besar, seorang di universiti, seorang di kolej yang kecil pun dah tingkatan dua.
``Kalau sebut fasal hati kering, saya memang dah lama amalkan. Sejak kahwin, sebut saja apa yang suami saya tak buat. Mendera mental dan fizikal saya setiap hari.
Kaki perempuan jangan ceritalah. Bukan seorang sampai tak terlarat nak kira dek ramainya. Akhirnya kerana banyak buat aniaya kepada orang dia terjerat dengan ibu tunggal yang lebih tua daripada saya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
``Bila dah kahwin bagai nak gila dia cuba sembunyikan daripada pengetahuan saya, tapi kuasa Allah macam mana nak sorok. Masa tu tengah muda memang saya intip gerak-gerinya. Tapi wanita itu pecah tembelang. Setiap hari saya pergi kerja dia telefon rumah kacau anak-anak saya, katanya, dia nak rampas ayah mereka. Lepas tu dia beritahu dia akan ilmukan ayah mereka supaya tak tahu jalan pulang. Masa tu walaupun saya tak kisah tapi saya menangis juga sebab sayangkan anak-anak.
``Orang lelaki biasalah, masa nak pikat perempuan, macam-macam benda dia burukkan saya. Sampai mak ayah saya yang baiknya pijak semut tak mati tu pun dibabitkannya dihina dengan perkataan yang amat keji. Sedih hati saya.
``Waktu itu wanita itu mengaku dah kahwin, tapi saya tahu belum lagi, namun saya tak sanggup tengok mereka bersekedudukan, saya suruh suami saya nikah segera. Akhirnya mereka kawin. Nak jadikan cerita keluarga si perempuan tu tak sukakan suami saya, dia hina suami saya macam sampah. Saya tak tahu dia cerita.
``Maklumlah suami saya hanya kakitangan kerajaan pangkat rendah aja. Saya tanya dia kenapa nak kawin juga dengan perempuan tu walaupun dihina. Sedangkan dah ada isteri dan anak-anak. Dia kata, perempuan itu ada banyak duit.
``Memang masa tu saya hidup susah, tak ada apa, maklum baru kerja. Umur awal 30-an anak dah ada tiga. Kita harap suami dapat membahagiakan hidup kita tetapi lain jadinya. Dia asyik gila perempuan, duit yang sikit pun terus habis.
``Suami saya harap dapat hidup mewah dengan perempuan tu. Saya tak peduli apa dia nak buat yang saya mahu dia mesti bagi nafkah anak-anak. Dan saya ingatkan sekarang dah kahwin lagi jangan nak dera fizikal dan mental saya lagi. Kalau buat juga saya minta cerai dan adukan pada ketua jabatannya.
``Bila dah kahwin saya tak pernah fikir dia nak balik rumah atau tidak, ikut suka dia saja, apa yang saya mahu dia bagi nafkah anak-anak. Lagipun saya malu dah tua kena pukul depan anak-anak dan mereka semakin membesar.
``Di pejabat saya lupakan masalah keluarga dengan bekerja sesungguh hati, ada saja kursus saya pergi, saya tambah ilmu pengetahuan, usaha saya berbaloi, setiap tahun naik gaji dan naik pangkat, akhirnya gaji saya meningkat banyak angka, melebihi gajinya. Saya cuba gembirakan hati anak-
anak dan beri perhatian kepada emak ayah saya. Saya mahu mereka hidup senang selagi ada hayat mereka.
``Kini 10 tahun dah berlalu, saya bahagia dengan hidup saya kini. Saya nak jalan ke mana pun dia tak boleh nak sekat. Saya tak pernah kacau rumah tangganya apa lagi bergaduh dengan isterinya. Malah ketika dia susah saya tolong.
``Sejak kawin dengan suami saya macam-macam masalah isterinya alami. Kena buang kerja sebab banyak sangat masalah peribadi, gangguan kesihatan. Habis harta benda dia sebab nak tarik suami saya sayang dengan dia dan lupakan saya.
``Kini jiwanya lebih tertekan beranak setiap tahun sehingga sekarang dah ada lapan orang (termasuk yang meninggal). Semua masih kecil macam susun paku. Suami buat tak tau saja. Masuk hospital, sakit pening sendiri tanggung. Nasib baik dia masih ada emak bapa boleh tolong.
``Saya rasa kini giliran anak dia pula kena belasah macam anak-anak saya dulu. Saya bukan nak pulangkan paku buah keras, tapi ini tauladan kepada wanita di luar sana yang teringin sangat nak berlaki suami orang. Manisnya sekejap saja. Peritnya tak tertanggung. Lelaki memang pandai menggelak. Masa nak, janjinya bulan bintang. Dah dapat, habuk pun tak ada. Bila gaduh dia kata, kalau tak suka boleh belah. Ha! Baru dia tahu nasib.
``Kini saya tumpukan perhatian kepada anak-anak dan emak ayah saya. Pada saya suami boleh bertukar bila dia ceraikan kita, tapi emak ayah, itulah dunia akhirat. Tiba masanya saya balas jasa mereka. Mereka banyak bersabar dengan kerenah suami saya. Masih saya ingat dia sumpah seranah mak ayah saya tak fasal-fasal.
``Saya tak kisah dia tak balik rumah, makan atau tidak, ada duit atau tidak. Dah dekat pencen pun, masih kakitangan kerajaan pangkat rendah. Tapi perangai masih ligat.
Kalau main handphone macam anak muda, tersengih-sengih. Sayanglah, rindulah entah dengan siapa. Saya tak kisah biarlah dia berangan melayan perasaan.
``Saya pun boleh buat macam dia. Di pejabat, teruna, duda, suami orang, berlambak. Nak dengan tak nak saja. Saya pun bukan hodoh sangat. Apa yang saya tak ada sebagai wanita? Tapi buat apa, saya tak mau jadi macam dia. Saya ada maruah.
``Ayah saya berpesan hidup ini kena takutkan Allah. Itulah pegangan saya. Biarlah orang menggoda saya maintain. Sekarang tiba masanya saya lihat balasan Allah pada suami saya. Dulu dia hina saya macam kucing kurap, sekarang semua dah dapat dekat dia. Orang pencen nak hidup senang makan duit pencen, dia masih beranak kecil.
``Esok di akhirat, dia bukan lagi jalan senget sebelah, tapi merangkak. Dosanya banyak macam pasir di pantai, bukan saja pada saya tetapi wanita lain yang pernah jadi mangsanya. Di sini saya nasihatkan isteri-isteri yang dimadukan, terus tabah jalani hidup, tapi kalau boleh lepaskan diri, larilah sejauh mungkin. Tapi pastikan anak- anak dapat nafkah. Kepada isteri-isteri kedua, ingatlah balasan Allah. Jangan ingat anda muda boleh dapat segalanya, kalau Allah nak ambil, semua boleh hilang sekelip mata.
``Kepada anak-anak gadis, jangan sia-siakan hidup menyintai suami orang. Sebab manisnya sementara. Kalau dia boleh kahwin dua tak mustahil dia tambah tiga.
``Kepada pihak berwajib khususnya Mahkamah Syariah tolonglah prihatin nasib isteri-isteri yang ingin minta cerai, jangan dera hidup mereka. Suami kalau nak berpoligami semua mampu, dah nikah kedekut macam roda kereta lembu.
``Suami lebih takut kena saman lalu lintas dari dapat surat saman Mahkamah Syariah, sebab dia tahu hakim tak ada kuasa. Itulah taraf Mahkamah Syariah kita.
Kita sibuk cakap fasal keruntuhan akhlak anak-anak remaja. Tapi keruntuhan akhlak orang dewasa, siapa pun tak ambil peduli.
``Kita sibuk awasi pusat snuker dan kafe siber tapi siapa peduli kelab dangdut dan karaoke. Di sana ramai ayah tua mengayak GRO. Anak tak makan tak peduli tapi dia sanggup suap GRO. Balik rumah belasah anak isteri bila minta duit. Bila isteri minta cerai, disuruh pergi Mahkamah Syariah. Sebab dia tahu bukan mudah nak cerai, kerana Mahkamah Syariah akan bela lelaki. Agama Islam segalanya mudah. Yang menyulitkan adalah manusia yang bijak memutarbelitkan keadaan.''
Demikian cerita Rahayu panjang lebar tentang masalahnya dulu hingga kini dimadukan. Sepatah katanya, tak ada manisnya bermadu, sebaliknya menjeruk rasa semuanya kerana lelaki cuma pandai cakap fasal poligami, tetapi tak tahu makna poligami sebenarnya. Nak kahwin lain kerana nafsu.
Seorang ustaz ketika berceramah dalam isu Islam Hadhari yang saya dengar baru-baru ini menasihatkan kaum wanita memujuk suami mereka yang nak kahwin lagi supaya ikut apa yang Nabi lakukan. Katanya, Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin lagi setelah isteri pertama baginda Siti Khatijah meninggal dunia. Bagaimana sanggup kaum lelaki tunggu isteri pertama meninggal dunia baru kahwin lagi? Selepas itu kahwinlah sehingga ketiga dan keempat.