Monday, February 28, 2011

cuti sekolah datang lagi

salam...
cuti sekolah datang lagi.
benchmark ni la yg jadi kayu pengukur cam bersemangat je nk g kerja tuk mengajar.
hehe...x baik tau asyek membilang cuti jer (mentang cikgu cuti byk, harus tau yer, cikgu byak keje)
suke suke suke
sebab cuti kali berkebetulan la pulak ngan mr hubby off day...so leh la plan2 gitu.
got permission dh tuk survey mama n anak2 nk g jalan mana.
TQ papa !
u alwazzz caring about us.
date line utk hantar master copy soalan pekse budak lagi 10 hari...so, sekarang haruslah sedang bekerja keras menyiapkannya.
peringatan dr GPK 1, kemas kini kan segala file berkaitan LINUS n KSSR.
Owwwhhh...ticer tersangat la buzzzzyyy yer.
tp feeling ala2 goyang kaki gitu...berangan angan nk g berholiday ni.
kat mana yer...???

disneyland
 
mampukah mama n papa?
mesti ekey raiyan riang gembira pegi tempat ni, tp berangan la kamoo, lagi 7 keturunan pun takkan mampu nyer.

 paris kota beromantika

mesti kene sound dek papa
dialog ala ala sindir (mama buat tebiat ke?hutang keliling pinggang, imegresem sah2 x lepas u la)
kita g beromantika bawah menara condong kt teluk intan dah ler...kita kan selalu g Ipoh (umah SIL)
sobs...sobs....

penang bridge
 
tapi mungkin ke sini..cuti2 malaysia jer...(orait ape,pdhal cover x leh g outside malaysia)

Bukit Merah lake town resor

atau mungkin kami ke sini...

 ke sini pun ok kan...kan...(ajar anak2 menghargai warisan dunia..cey cey)

 
ntah2 kami ke sini jer...hehe..(asyek ke sini jer)
x kesah la ke mana2 pun...janji kami sekeluarga menikmatinya.
wassalam.


Saturday, February 26, 2011

egtukar

salam...
eg-tukar dah boleh akses 1hb depan , xsabarnye ticer...kali ni kalau masih x dapat tukar...memang meroyan
 katanya claim perpindahan tuk jun 2011 x boleh dituntut...ade i kesah...
janji aku cuba jugak kali nih...

Friday, February 25, 2011

seronok bila anak2 dah boleh membilang

salam...
rajin nak buat entry mlm ni...walaupun jiwa rase sgt hot pd seseorg.
kisah hari ni, rase gembira sebab anak2 murid dh mahir menyatakan nilai nombor.
kat bawah tu ticer bukan chalk n talk k...tp bertungkus lumus memaham kan mereka...sabar je la...
rupanya main2 dlm kelas sgt menyeronokkan bagi diorg.

ekey pun dh mahir membilang n menulis...skill mewarna pun dh x comot.
tempek kat bawah foto ekey n kawan2 di hari sambutan maulidur rasul kt skul.
semoga terus cemerlang sayang!!!!!
ekey x sempat nk posing ngan baju melayu cam kengkawan yang lain sebab ticer x sempat nk gosok baju melayu...but u tetap terbaek!!!


Tuesday, February 22, 2011

Aku sangat tak selesa ngan kamu


you're so annoying me!!!!
Kebelakangan ni asyik saje cik migrain men'attack aku.... hampir setiap hari pulak tuh, walaupun bukan lah serangan yang kuat tapi berpanjangan, berdenyut denyut menjadikan aku hangin semacam jer ngan ekey n raiyan. Sejak belasan tahun yang lalu hidup berteman kan migrain. Seingat aku la masa aku di tingkatan 2, asyik saja mak datang amik kat Asrama Yayasan. Teringat berubat ngan seseorang, mak goreng biji kurma untuk dijadikan serbuk cam kopi, katanya ubat kepada migrain. Sehingga lah sekarang masih jugak bertemankan migrain. 
Kali terakhir Cik migrain datang dgn teruk bulan 5, 2009.  Kelam kabut Mak ngan adik lelaki usung aku ke hospital. Masa tuh rasa cam nak pecah kepala ni. Nak bangun n bukak mata pun x boleh. pak sedara yang mendrebarkan kami ke hospital. No wonder la....masa tu aku down ngan masalah2 yang sangat menguji aku. Tapi akhir2 kenapa la agak kerap dan berrpanjangan, kadang2 menyakitkan lebih2 lagi bila cuaca yang terik n kesibukan harian tambah2 lagi uruskan si ekey n raiyan yang semakin nakal. 
Alhamdulillah bila papa off 2 minggu, dia yang banyak uruskan anak2 makan minum n pakai. Ekey n raiyan pun agak behave bila papa ade n mendengar kata.  Aku cuma masak n uruskan makan pakai mr hubby. Bukan aku saje2 nk biarkan anak2 dia yang uruskan, tapi ntahlah kenapa dia terlalu prihatin untuk uruskan anak2. 
Ada satu ketika aku kira kereta kancil kami yg x bertinted tu menyebabkan aku selalu migrain kerana kepanasan cuaca terik. Bersusah mr hubby hantarkan ke kedai aksosori tuk buat tint. Tapi tetap jugak migrain ni nak berdamping ngan aku....sehinggakan saat ni mr hubby dh refuse nk belikan aku panadol berpapan. Takut aku busung ngan panadol. Yang pasti aku sangat tidak selesa ngan kedenyutan yang berpanjangan ini. Mood aku ngan anak2 pun hilang. Seawal pagi sakit tuh tak terasa pun, tapi bila dah nak masuk kul 1 tengahari mula lah berdenyut denyut. 
Oh Cik migrain...tolonglah pergi jauh2, aku sangat tidak selesa dengan kamu.
n beberapa petua yang aku search untuk kurangkan migrain :

Petua Mengurangkan Sakit Migrain

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang akan datang apabila berlakunya stress. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan Antara petua untuk mengurangkan sakit migrain yang sering diamalkan ialah:
1. Berehat seketika dengan berbaring.
2. Elakkan terkena cahaya matahari yang terang atau pancaran matahari.
3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar samar kerana keadaan terang boleh menambah sakit kepala.
4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala dan tekapkan pada mata.
5. Jika masih tidak reda, cuba gunakan air suam.
6. Fikirkan secara positif.

tapi.............
yang biasa akku amalkan minum air putih dengan kuantiti yang banyak, memang dapat kurangkan migrain n sakit kepala....yang tak tahan tu kene berulang ngan mr toilet la pulakkkk....
rasionalnya air putih bekalkan oxigen ke otak....ye kot? betul la tuh kak oooiiii....

Monday, February 21, 2011

Anak-anak adalah anugerah dari Yang Esa

Mungkin kita khilaf atau leka, atau mungkin juga kita x tau....terkadang kita marah-marah kenapa anak2 kita lembab, kenapa anak2 kita x dengar cakap kita, kenapa anak2 kita terlalu nakal. Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Kita dianugerahkan anak-anak yang comel, sihat, pintar....tapi ade di antara kita yang menjadi pilihan Allah diuji dengan dianugerahkan anak-anak istimewa. Aku kutip pengalaman sebagai guru walaupun masih ciput, tapi pemerhatian sehingga hari ini banyak membantu. Aku tak nafikan ade juga di kalangan parent yang refuse untuk bawak anak2 mereka menjalani pemeriksaan doktor bila mana pihak sekolah mencadangkan yang anak mereka ada masalah pembelajaran.  Naluri ibu bapa memang la berkehendakkan segala yang semua sempurna untuk anak2 mereka. Tapi haruslah sewajarnya mereka redha dengan keadaan itu....anak2 istimewa yg ade masalah pe,mbelajaran memerlukan modul pendidikan yang khas di mana sekolah-sekolah pendidikan khas je lebih arif tentang masalah ini. Membawa anak2 ke saluran pendidikan  yang betul adalah langkah yang sangat bijak. sekiranya parents refuse jugak n nak jugak teruskan anak2 mereka di sekolah kebangsaan biase, malang untuk anak2 istimewa ini. mereka akan terus ketinggalan dan terus ketinggalan. Terpaksa lah guru2 akademik biasa berhadapan ngan murid2 mcm ni. Suka untuk ticer berkongsi di sini, cuba lah kita lapang kan minda untuk membaca....kalau anak2 kita secara zahirnya OKU, mudah kita nak tau...tapi kalau anak2 kita ada masalah pembelajaran, kadang2 kita terlepas pandang...dan guru2 di sekolah lah yang terpandang masalah2 ini.
so, sama2 kita pantau pertumbuhan anak2 kita...lengkap kan ilmu di dada tentang perkembangan usia semasa anak2....and glad to share some info regarding this matter with uols beloved members.

Saturday, February 19, 2011

weekend yang sentiasa sibuk

salam...
menyempat lagi aku menempek nempek kat sini...walhal keje bertimbun timbun yg perlu dibereskan aku a.k.a ticer.
ohhh!!got on my hands some buah kuini (tp dah tggal bijik n bau jer..he he). Its been quite a long time since i last  eaten kuini....tq so much to GPK HEM 4 brough me some kuini.
Back to the topic...
ticer sentiasa tidak tenang di hujung minngu. 2 hujung minggu yang sudah sgt la busy bersiar siar ngan mr hubby, ekey n raiyan. Hujung minggu ini dan akan datang, ticer rase leh la ticer relaks sementara menunggu menjelang tiba hujung minggu yg akan datang bila mana mr hubby akan off. Tapi rase hampa bila terkenangkan ade beberapa tugasan yg belum dibereskan...
  • kelas belum dihias cantik...ni dh masuk minggu ke-8,tp board n sudut matapelajaran belum lagi diceriakan..waduh waduhhhh...sedih sungguh ticer n plus irihati nengok kelas2 lain yg dah cantik.
  • info LINUS dlm diri ticer belum cukup...sedangkan sesedap rase jer ticer kene jadik penyelaras LINUS. minggu depan ade meeting LINUS...apa yang ticer nk sembang kt depan tu rrr ? Oh Tuhan!bantu lah hamba mu ini...
  • bertimbun timbun baju kurung yang belum ticer jahitkan lagi (baju kurung jahit sendiri jer, leh jimat2 konon...tp wit tetap x cukup jugak)
sekarang ticer sedang bertungkus lumus menyiapkan jadual ni n pikir2 apa lagi nk buat or tampal dlm kelas murid2 ticer tu...AKU NI X KREATIFFFFFFFFFFFFFFF
 


Tuesday, February 15, 2011

Alhamdulillah...

syukur pdMu ya Allah...sendirian aku bermonolog di sini setelah genap 29 tahun aku bernafas lagi + 9 bulan 10 hari dlm kandungan ibu ku....
aku kira hidup ini adalah percaturan..benar, memang aku bercatur untuk kalah dan menang..untuk jatuh dan bangun..untuk suka dan duka..untuk pahit dan manis..dan untuk tangis dan tawa.
aku kira hidup ini amat sukar walhal masih ada lagi insan2 di luar sana yang masih melukut di tepi gantang di dunia yang fana ini....aku bersyukur...Tuhan menduga aku untuk terus bersyukur pada kurniaNya, pada hamparan bumiNya yang aku berpijak, pada payungan langitNya aku berteduh, pada udara segarNya yang ku hela nafasku, pada airNya aku bersuci. Besarnya kurniaMu ya Allah yang kadang2 aku lupa di saat aku bergelak tawa. Aku bersyukur pada segala pinjamanMu...anak2, suami, keluarga, harta benda, wang ringgit.


Monday, February 14, 2011

Mesyuarat Perlantikan AJK Pewaris 2011 Pra Sekolah SK Puncak Alam (3)

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhmadulillah....syukur ke hadrat ilahi di atas kurnia Nya memberi kita kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah Malaysia ini.

Tarikh    :  12 Feb 2011
Hari       :   Sabtu
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  : Prasekolah SK Puncak Alam (3)

Agenda :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan GB
  3. Perlantikan AJK Pewaris (akan dikemaskini)
  4. Cadangan aktiviti bersama pewaris 2011(akan dikemaskini)
  5. Hal-hal lain (akan dikemaskini)
  6. Kutipan bayaran khas tertunggak
  7. Bacaan doa oleh En. Rosdi
Jawatankuasa PEWARIS 2011
(akan dikemaskini)

Juataan terima kasih diucapkan kepada guru-guru penolong kanan, guru-guru prasekolah dan ibubapa yang  sudi hadir untuk membincangkan pelbagai isu dan berkongsi pandangan bagi meningkatkan program sampingan untuk murid pra sekolah SK Puncak Alam (3). Sepanjang mesyuarat ini juga, kerjasama yang telah diberikan amatlah membanggakan. Turut juga dilaksanakan ialah perlantikan jawatankuasa bagi PEWARIS untuk sessi 2011.
Sekilas, foto-foto yang dirakamkan sekitar mesyuarat PEWARIS 2011.
barisan AJK PEWARIS 2011

antara idea2 yang diutarakan oleh ibubapa

Bacaan Yassin SK Puncak Alam (3), Jumaat 11 Feb 2011

Buat kali pertamanya warga SK Puncak Alam (3) mengalunkan bacaan yasin di suatu pagi Jumaat yang penuh rahmat dan cuaca yang amat menenangkan.
Bacaan Yassin diketuai oleh cikgu Rosdi dan semua guru dan murid tidak ketinggalan




sekilas di Program Memperkasa Guru Linus Matematik/BM

penuh semangat ticer hadir ke program ni...dengan niat menyelongkar sedikit semangat untuk dikendong sepanjang tahun 2011....kira macam warming up la. Antara hasil kerja tangan ticer seharian di bengkel ni :

 
ticer tempek kat atas tu cara nak wak dough nut..hihi
cara-cara nk wak doh tuk wat angka...untuk penjimatan dan menjaga kehijauan bumi kite