Monday, January 24, 2011

masih lagi bersemangat

minggu ke-4 persekolahan ekey...dapat tulis A-D, ok lah tuh sebab mama langsung x ajar kat umah...dapat membilang isnin sampai ahad. kata cikgu pra ekey..compared to murid pra 6 tahun, motor2 halus ekey masih lemah, walaupun dia nampak cergas dan pantas, tapi tahap kecerdasan murid 5 tahun x sama ngan murid 6 tahun. mama x kisah pun sebab ni tahun pertama persekolahan ekey...tapi ekey menunjukkan minat yang sgt memberangsangkan.
ekey "cikgu ckp buat huruf 'a' mcm ni salah la..."
semua yang mama ajar bagi ekey adalah salah...hanya cikgu ma saje yang betul.
mama "ekey tau x, mama pun cikgu?"
ekey "tahu la, tapi mama cikgu budak2 besar2...ekey ni kecik lagi"
hari2 bekalkan dengan rm2. seringgit untuk air kotak, seringgit lagi untuk roti. makan itu je dulu sementara tggu mama balik jam 2.
kebiasaannya, sampai je rumah...mesti ekey tido sampai petang...mestilah penat, bangun jam 6.30 pagi, pukul 2 baru dpt balik rumah.

3 comments:

  1. ekey bile nk balik ni..dok igt ke aunty ke?

    ReplyDelete
  2. erm..dulu sebesar tapak tangan..ni dah besar2 doh..x sangka..usia kita pun mcm tu gok..almost 30..eeeiiiii..

    ReplyDelete