Tuesday, February 22, 2011

Aku sangat tak selesa ngan kamu


you're so annoying me!!!!
Kebelakangan ni asyik saje cik migrain men'attack aku.... hampir setiap hari pulak tuh, walaupun bukan lah serangan yang kuat tapi berpanjangan, berdenyut denyut menjadikan aku hangin semacam jer ngan ekey n raiyan. Sejak belasan tahun yang lalu hidup berteman kan migrain. Seingat aku la masa aku di tingkatan 2, asyik saja mak datang amik kat Asrama Yayasan. Teringat berubat ngan seseorang, mak goreng biji kurma untuk dijadikan serbuk cam kopi, katanya ubat kepada migrain. Sehingga lah sekarang masih jugak bertemankan migrain. 
Kali terakhir Cik migrain datang dgn teruk bulan 5, 2009.  Kelam kabut Mak ngan adik lelaki usung aku ke hospital. Masa tuh rasa cam nak pecah kepala ni. Nak bangun n bukak mata pun x boleh. pak sedara yang mendrebarkan kami ke hospital. No wonder la....masa tu aku down ngan masalah2 yang sangat menguji aku. Tapi akhir2 kenapa la agak kerap dan berrpanjangan, kadang2 menyakitkan lebih2 lagi bila cuaca yang terik n kesibukan harian tambah2 lagi uruskan si ekey n raiyan yang semakin nakal. 
Alhamdulillah bila papa off 2 minggu, dia yang banyak uruskan anak2 makan minum n pakai. Ekey n raiyan pun agak behave bila papa ade n mendengar kata.  Aku cuma masak n uruskan makan pakai mr hubby. Bukan aku saje2 nk biarkan anak2 dia yang uruskan, tapi ntahlah kenapa dia terlalu prihatin untuk uruskan anak2. 
Ada satu ketika aku kira kereta kancil kami yg x bertinted tu menyebabkan aku selalu migrain kerana kepanasan cuaca terik. Bersusah mr hubby hantarkan ke kedai aksosori tuk buat tint. Tapi tetap jugak migrain ni nak berdamping ngan aku....sehinggakan saat ni mr hubby dh refuse nk belikan aku panadol berpapan. Takut aku busung ngan panadol. Yang pasti aku sangat tidak selesa ngan kedenyutan yang berpanjangan ini. Mood aku ngan anak2 pun hilang. Seawal pagi sakit tuh tak terasa pun, tapi bila dah nak masuk kul 1 tengahari mula lah berdenyut denyut. 
Oh Cik migrain...tolonglah pergi jauh2, aku sangat tidak selesa dengan kamu.
n beberapa petua yang aku search untuk kurangkan migrain :

Petua Mengurangkan Sakit Migrain

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang akan datang apabila berlakunya stress. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan Antara petua untuk mengurangkan sakit migrain yang sering diamalkan ialah:
1. Berehat seketika dengan berbaring.
2. Elakkan terkena cahaya matahari yang terang atau pancaran matahari.
3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar samar kerana keadaan terang boleh menambah sakit kepala.
4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala dan tekapkan pada mata.
5. Jika masih tidak reda, cuba gunakan air suam.
6. Fikirkan secara positif.

tapi.............
yang biasa akku amalkan minum air putih dengan kuantiti yang banyak, memang dapat kurangkan migrain n sakit kepala....yang tak tahan tu kene berulang ngan mr toilet la pulakkkk....
rasionalnya air putih bekalkan oxigen ke otak....ye kot? betul la tuh kak oooiiii....

3 comments:

  1. sabor jelah along.....

    ReplyDelete
  2. minum air lam 2liter sehari..jgn kurang dr 2liter..kalo minum lebih pon nnt xelok utk buah pinggang jugak..terover use nnt..n air pon bungsi utk bakar lemak..nnt cpt sikit kurus..

    ReplyDelete
  3. salam... untuk jauhkan segala datuk penyakit, amalkan solat sunat suboh dua rakaat, insyaallah kita akan dihindari darinya.....!

    -dol-

    ReplyDelete