Friday, December 31, 2010

anak-anak dan isteri kita adalah perokok pasif

 
dalam terkulat kulat malam yang hening ni, cuaca yang dingin mencucuk cucuk tulang temulang ku, aku terpanggil memikirkan...
meh nak crite :
suamiku seorang heavy smoker, gerun memikirkan sekiranya ketagihan itu membawa maut, ajal maut di tangan tuhan, tp kita harus berlaku baik pada tubuh badan kita yang dianugerahkan Allah s.w.t.
kenapa aku katakan ANAK2 DAN ISTERI ADALAH PEROKOK PASIF, jgn la pulak pikir aku tuduh anak bini hang merokok, bacalah dulu bro!

aku dan anak2 juga adalah perokok pasif di mana Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.... 
okey! dah faham belum bapak2 kat luar sana ? kalau uols xde anak bini, mungkin kekasih n mak bapak uols la kot.
mungkin mereka terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.
Tabiat merokok ni jugak akan mengakibatkan Mati Pucuk. aku x sanggup tau! sebabnya rokok ini mengandungi bahan bahaya mcm nikotin n bagai, tu la perokok ni menjadi tegar n ketagih. salah satu keburukan nikotin, ianya akan menyempitkan saluran darah ke zakar n saluran tuh maybe tersumbat (kalau hok lain menyempit, bagus lah jugok), tulah terjadi MATI PUCUK. x payah lah cebik or gelak, kalau kene kat uols, merana beb seumur hidup...kualiti sperma pun akan terganggu (tp ramai je yang beranak ramai).
Perokok juga cenderung terdedah kepada strok a.k.a angin ahmar sebabnya saluran darah yang menyempit tuh akan menyebabkan blood cloting kat otak uols, then strok, bila strok tau2 lah yek, melempek kat tikar ler...masa tuh anak bini pun malas nak jaga kencing berak uols. 
antara lain penyakit yang terdedah kepada perokok ni sakit jantung, kanser paru2, bagai lah..
pesan penaja sebelum masuk tido :
sayangilah anak isteri anda, kalau x berbini lagi, sayangi lah kesayangan2 di keliling anda...
 

my work station

pejam celik pejam celik, mata x lelap gop...dop tahu nok buat mende lagi, anak2 dah tido, godek2 telefon jumpa la gambar yg di snap pagi tadi :
kononnye mendengar kata si ibu la ni "u two, stay here..dont play around or watchout u"
si ibu ni memang garang pun, sume org tau, tp ekey n raiyan tetap x takut, tp bila dah berubah sifat dan rupa, dlm kusyen pun diorang sanggup menyorok.
masing2 duk merebut cup cup laci..mcm la laci hang yang punye..letak mainan, letak buku.
"these not yours la, ini HAK KERAJAAN MALAYSIA, reti?!"
so, share la 2 beradik ni dengan satu kerusi.
gambar yang aku tempek kat atas tu lah tempat baru aku, cakap je tempat, tapi hari2 sibuk turun naik tangga bekejar ke kelas, kalau lambat 1 minit pun, mesti ade yang mati kot! tau2 la bebudak zaman skrang, terlebih gula, terlebih aktif (moral sila bagi anak minum air putih sahaja)...cam anak aku 2 orang kat atas tuh.
tempat tuh dah kali ke 3 berpindah randah, banyak sgt meje guru sampai x tau nak duk mana ? tempat tersorok semua dah di cup...tempat aku tuh kat laluan terbuka.
hah ! kalau nazir datang, aku la org pertama kene tangkap (sebab FB dlm keje)..xde la, aku ber'net' tuk cari bahan P&P(pengajaran dan pembelajaran) jer.

Wednesday, December 29, 2010

Ayam Masak Kurma

letih..itu saje yang dapat aku gambarkan hari ni. Pagi2 lagi dh bangun, bawak anak2 ke Maju Ahmad tuk breakfast roti canai then bergegas ke skul. biasenye x perlu kalut2 pun sebab skul tepi rumah je tp kali ni agak jauh la jugak..20 minit perjalan dgn kereta...alhamdulillah kerana tidak perlu ke SK Prit Serong seperti yang dibimbangkan kerana khidmatku di perlukan SK Puncak Alam 3.
Sedang bermesyuarat..aku je guru yang bawa anak ke mesyuarat pagi ni...dah nak buat lagu mana...xkan nak di tinggalkan terkulat kulat di rumah. Itu la dendang nasib sebatang kara di tempat org..papa, cepat la balik, i need u....
Ekey n Raiyan sgt la nakal pagi ni, berlari ke sana ke sini sebab aku dh charge mereka ngan 2 keping roti canai n milo. Pesan papa, jgn lengah2kan bayar kad credit dia, so terpaksa la bergegas ke Sg Buloh bila habis meeting.
Sampai rumah, laparnye perut..nk kuar dah malas. Korek2 rempah yang ada, ade sup adabi, rempak kari, kerutub, rempah gulai, sup sayur (stok masak rumah ni memang gempak, tp tuan rumah je yang mood masak tenggelam timbul)....nak masak apa yek? dlm peti ais ade ayam, ayam yang dibeli papa masa dia ade kat rumah lagi...dh seminggu ayam tu...agaknye mesti dh lebam, santan kotak pun ade...
sambil bersiram sambil pikir nak masak ape ?
hah! ayam masak kurma la...ekey n raiyan pun suka masak kurma, n papa too.
*budak ni x suka sayur*
makan dengan sesungguh hati sebab lapo...raiyan tido coz letih sgt main kat skul tadi....
nanti bila mama dah skul...uols makan nasi lauk kat kantin je lah yek.



Tuesday, December 28, 2010

depressed

4 days until the new year..if only i could turn back the time!I want it!!!!!!!! I want  to turn back the time…wishing that when i wake up the next morning, im 18 years old again, where i get the chance to fix my life and avoiding from seeing him..but there’s nothing i could do..im stuck here with my past memories, sweet n sour and sometimes i admitted that i miss the way he make joke at me n touch my face. What has happened, has already happened, but what can I do with the time I have remaining? 
Things happened up n down, but I have to move on............hopefully tomorrow will be orait.

Tips diet : Hindari Makan Malam Selepas Jam 7 malam

Bila tanya kengkawan macam mana nk turunkan berat badan, semua menjawab 'jangan makan selepas jam 7 malam', biarla x banyak pun, 5 6  kg pun jadi la...wow itu adalah satu azam, bila la nak berjaya. Sebenarnya waktu makan bukanlah pengaruh kepada pertambahan berat badan, tetapi yang sebenarnya kalau kita makan dan terus tido itu lah penyebab kepada kegemukan. Faktanya kerana kalori yang kita ambil itu tidak digunakan oleh tubuh badan. ticer x nak cite byak2 tentang tu...sebab dlm google berlambak tentang kalori, blog ticer bukan google tau..hanyalah corat coret kisah seharian yang sgt bermakna buat ticer. selagi hidup dikandung badan...hargai lah ia...cey..cey..
Mood memasak datang tiba2 petang ni...hah!!!ekey raiyan siap..kita pergi kedai..makan sebelum pukul 7 tau, nati ganggu diet mama.
 siappppppppppppppppp sekarang!!!!!!!!!!!
nak masuk lif pun deme ni beratur...sivik la konon..kete2 control tuh ke hulur hilir..
raiyan "ok, kita masuk gear reverse"
apartment ticer 4 tingkat jer n kami tinggal ditingkat 2 tapi asyek naik lif..natijahnye tu la badan ticer mcm apam, segar bugar melambung lambung naik...cuba2 lah turun naik lif..BARULAH KALORI TERBAKAR.
 catuan makan malam untuk kami 3 beranak
ticer bukan kedekut yer..dh selalu masak byk..last tempatnya dlm tong sampah..jadi kali ni kita cuba berjimat cermat
ini lah bahan masak yang dibeli...sikit je..catuan makan untuk 3 beranak petang ni...kerja2 memasak mudah sekali sebabnya bawang n lada ticer dah blend bertong tong dlm peti...LOL..mcm la nak masak hari2.
bahan2 untuk sotong masak merah : bawang kisar, garlic kisar, sedikit belacan (belacan tu di beli dr mok silah sepupu mr hubby, fuhhh!!!kalau wak sambal terangkat)
duration : 20 minit (sambil2 tu boleh la gaduh ngan anak2)
 (ikut arah jam yek)
petua dari nenek moyang ticer, masukkan gula untuk bagi warna sambal jadi cantik n kurangkan pedas cili.

tadaaaaaaa...dah siap.

sambil2 tu ticer suka besihkan segera pinggang mangkuk memasak. tak yah nanti kepoh2 bila sinki dh penuh.


uppppsss..nasi dah masak..kene sejukkan dulu tuk ekey n raiyan
 program pencatuan makanan...2 sutung each, air masak.
sila abaikan keadaan rumah yang bersepah...maklumla ticer sibuk memasak..anak2 sibuk menyepah.
sesedap mana pun gajah harimau ticer masak...kicap manis cap kipas udang tetap teman bersamamu ekey..nasibla bertong2 kicap sebulan.



Saturday, December 25, 2010

journal aku seorang ibu dan teacher

i've been reall2 bz this week alone wif my beloved kids...kesahnya :

got transfer from PPD, bulan lepas tertendang ke SK Parit Serong, Tanjong Karang. Pergilah  aku melapor ke sana, drive alone wif my kid becoz mr hubby ade keje..sobs sobs..dah nangis pun..punya la jauh 52km which took 1 hour trip. Then, balik melapor diri, pergi PPD merayu, lantak la sume alasan aku bagi...bagai2 laaa. PPD said "cikgu kene tggu keputusan meeting, ni arahan dari kementerian, kami tak de kuase. tp kami akan timbang sebab kami x lah zalim". so aku balik dengan penuh harapan berkobar kobar. harapnya dpt la tukar.
selang beberapa minggu, dapat la aku ke SK puncak Alam 3 yang mana perjalanan hanya 10-15 minit dr rumah ku syurga ku ini. rumah sewa sebenarnya.

syukur ya Tuhan...ku mengadu kesusahan dan keperitanku..Kau Maha Mendengar. Dan Ekey pun dpt jugak Pra di SK Puncak Alam...Ya Allah! semoga aku dan keluarga sentiase dlm lingkungan keberkatanMu.

ni figure yuran pra ekey...

and cam x cayer je raiyan pun nk skul...cuma pendaftaran adik mahal la siket..sebab private tadika.

bila mana ekey adalah seorang abang

dengan tekunnya seorang abang mengajar adiknya yang satu itu nak sit on the toilet bowl n its work... finally raiyan dah berjaya 2 manage air kecil n besar nya sendiri. gud! gud! nanti mama lanje ais krim baskin robbin.
tp mama perlu memikirkan teknik yang betul untuk raiyan panjat toliet bowl tuh..kalau ngan gaya tuh..jatuh la sayang...

homemade mini donut

jeng! jeng! this is what we anak beranak have for this morning, i've been really busy wif my school holiday, spending time wif my kids, baking cake (baru2 nk blajar), cooking meal (bab ni memang dh master sampai hubby pun dh menggelembung cam belon).
tangan toyol kat tepi tu memang la tak nyempat2 mengebas donut yang kiut miut tuh...


Wednesday, December 15, 2010

the hand that hold me always....

inilah tangan yang sentiase membawa ku kemana-mana..ke utara mahupun selatan..dalam dakapan dan pegangan yang hangat dengan kasih sayang...inilah tangan yang memimpin ku tika sesat jalan...yang memegang erat tika aku bertatih jalan...

Friday, December 10, 2010

bunga baru untuk mood baru


relevan ker dgn tajuk kat atas tu...actually mood aku sentiasa baru hari-hari.
mood baru tak ler bermakna mood aku sentiasa baik..beberapa hari lepas mood tak ler begitu baik sebab ulang hospital n klinik anak demam...lepas tu ku pulak yang demam.
tp..hari ni mood aku baik...guess what??
sebab my hubby is just coming back..hehehe..heh
oh ya!bunga yang ditempek kt atas tu..bunga aku yek..bukan cut n paste.
tu bunga baru...sebenarnya berangan angan nak decokan umah ala2 inggeris style gitu.
senang la ticer nak masuk umah baru gitu...sikit2 lama2 jadi bukit aksesori tu..duit pun habis..hehehe.
kat atas tu ticer pikir2 nk letak ats meja makan ticer..biar la berseri seri umah ticer yg kontang tuh.
 dan yang ni ticer nak letak atas drawer tingkat2 ticer...
bunga ni nampak lagi cantik n real...ye lah bought from SSF lah katakan...bunga yg satu lagi tu ticer beli kat kedai biase je...betul lah...bila mahal kualiti n ke'real'lan lagi bagus...pe2 pun dua2 nampak cantik kan bila dihias cantik...
perabot ticer banyak nyer hitam..x laaa sesuai tuk inggeris style ni...tapi tak pe..umah baru perabot baru la nanti..hehe.
4 the time being...guna je la yg tuh..kan..kan..
oh ya!tq yek pada Farah Faizal from Home Home Deco kerana member servis menghias bunga2 ni setelah ticer borong2 sakan kat umah kedai you....hehehe..
 dan beberapa items lagi ticer upload kemudian..upload setelah didekorasikan didlm umah...
n now lets packing nk balik sg buloh..daaaa









Thursday, December 2, 2010

My new job place..my new ispiration..


Sekolah Kebangsaan Parit Serong atau nama ringkasnya SK Parit Serong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Parit Serong, Kg Parit Serong. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Serong memiliki 118 pelajar lelaki dan 142 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 260 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.

alahai sekolah baru aku....
instead of sekolah lama aku....
Sekolah Kebangsaan Saujana Utama atau nama ringkasnya SK Saujana Utama, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Ijok Persiaran Saujana 3, Saujana Utama. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Saujana Utama memiliki 1785 pelajar lelaki dan 1608 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3393 orang. Ia mempunyai seramai 159 orang guru.

agak2..makin ringin ke tugasan aku sebagai seorg guru??????? di sekolah yang pedalaman dan kecil.....
ya ampun..kalau di sk saujana utama...suasana harian sgtttttt bingit...poning kepala seharian...permandangan dari atas...murid2 kelihatan macam semut....tapi agak2...SK parit serong ni mesti aman sentosa kan kan?

cuba2 la anda bayangkan jumlah murid dan guru di SK saujana utama dan SK parit serong.
Fakta : SK saujana utama adalah sekolah teramai murid di Malaysia untuk rekod 2010.