Friday, December 31, 2010

anak-anak dan isteri kita adalah perokok pasif

 
dalam terkulat kulat malam yang hening ni, cuaca yang dingin mencucuk cucuk tulang temulang ku, aku terpanggil memikirkan...
meh nak crite :
suamiku seorang heavy smoker, gerun memikirkan sekiranya ketagihan itu membawa maut, ajal maut di tangan tuhan, tp kita harus berlaku baik pada tubuh badan kita yang dianugerahkan Allah s.w.t.
kenapa aku katakan ANAK2 DAN ISTERI ADALAH PEROKOK PASIF, jgn la pulak pikir aku tuduh anak bini hang merokok, bacalah dulu bro!

aku dan anak2 juga adalah perokok pasif di mana Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.... 
okey! dah faham belum bapak2 kat luar sana ? kalau uols xde anak bini, mungkin kekasih n mak bapak uols la kot.
mungkin mereka terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.
Tabiat merokok ni jugak akan mengakibatkan Mati Pucuk. aku x sanggup tau! sebabnya rokok ini mengandungi bahan bahaya mcm nikotin n bagai, tu la perokok ni menjadi tegar n ketagih. salah satu keburukan nikotin, ianya akan menyempitkan saluran darah ke zakar n saluran tuh maybe tersumbat (kalau hok lain menyempit, bagus lah jugok), tulah terjadi MATI PUCUK. x payah lah cebik or gelak, kalau kene kat uols, merana beb seumur hidup...kualiti sperma pun akan terganggu (tp ramai je yang beranak ramai).
Perokok juga cenderung terdedah kepada strok a.k.a angin ahmar sebabnya saluran darah yang menyempit tuh akan menyebabkan blood cloting kat otak uols, then strok, bila strok tau2 lah yek, melempek kat tikar ler...masa tuh anak bini pun malas nak jaga kencing berak uols. 
antara lain penyakit yang terdedah kepada perokok ni sakit jantung, kanser paru2, bagai lah..
pesan penaja sebelum masuk tido :
sayangilah anak isteri anda, kalau x berbini lagi, sayangi lah kesayangan2 di keliling anda...
 

No comments:

Post a Comment