Bila tanya kengkawan macam mana nk turunkan berat badan, semua menjawab 'jangan makan selepas jam 7 malam', biarla x banyak pun, 5 6 kg pun jadi la...wow itu adalah satu azam, bila la nak berjaya. Sebenarnya waktu makan bukanlah pengaruh kepada pertambahan berat badan, tetapi yang sebenarnya kalau kita makan dan terus tido itu lah penyebab kepada kegemukan. Faktanya kerana kalori yang kita ambil itu tidak digunakan oleh tubuh badan. ticer x nak cite byak2 tentang tu...sebab dlm google berlambak tentang kalori, blog ticer bukan google tau..hanyalah corat coret kisah seharian yang sgt bermakna buat ticer. selagi hidup dikandung badan...hargai lah ia...cey..cey..
Mood memasak datang tiba2 petang ni...hah!!!ekey raiyan siap..kita pergi kedai..makan sebelum pukul 7 tau, nati ganggu diet mama.
siappppppppppppppppp sekarang!!!!!!!!!!!
nak masuk lif pun deme ni beratur...sivik la konon..kete2 control tuh ke hulur hilir..
raiyan "ok, kita masuk gear reverse"
apartment ticer 4 tingkat jer n kami tinggal ditingkat 2 tapi asyek naik lif..natijahnye tu la badan ticer mcm apam, segar bugar melambung lambung naik...cuba2 lah turun naik lif..BARULAH KALORI TERBAKAR.
catuan makan malam untuk kami 3 beranak
ticer bukan kedekut yer..dh selalu masak byk..last tempatnya dlm tong sampah..jadi kali ni kita cuba berjimat cermat
ini lah bahan masak yang dibeli...sikit je..catuan makan untuk 3 beranak petang ni...kerja2 memasak mudah sekali sebabnya bawang n lada ticer dah blend bertong tong dlm peti...LOL..mcm la nak masak hari2.
bahan2 untuk sotong masak merah : bawang kisar, garlic kisar, sedikit belacan (belacan tu di beli dr mok silah sepupu mr hubby, fuhhh!!!kalau wak sambal terangkat)
duration : 20 minit (sambil2 tu boleh la gaduh ngan anak2)
(ikut arah jam yek)
petua dari nenek moyang ticer, masukkan gula untuk bagi warna sambal jadi cantik n kurangkan pedas cili.
tadaaaaaaa...dah siap.
sambil2 tu ticer suka besihkan segera pinggang mangkuk memasak. tak yah nanti kepoh2 bila sinki dh penuh.
uppppsss..nasi dah masak..kene sejukkan dulu tuk ekey n raiyan
program pencatuan makanan...2 sutung each, air masak.
sila abaikan keadaan rumah yang bersepah...maklumla ticer sibuk memasak..anak2 sibuk menyepah.
sesedap mana pun gajah harimau ticer masak...kicap manis cap kipas udang tetap teman bersamamu ekey..nasibla bertong2 kicap sebulan.
No comments:
Post a Comment